KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa penurunan pangkat Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Ammar Abd Ghapar adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Isham menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ammar sebelum diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.
Sebaliknya, dakwa beliau lagi Ammar hanya diberikan notis beberapa hari untuk mengosongkan jawatan.
“Menteri kata kononnya Ketua Pengarah tidak ‘perform’.
“Namun alasan tidak ‘perform’ ini tidaklah termasuk dalam pengecualian hak untuk didengar dalam proses pemecatan atau penurunan pangkat penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan King Sing semalam yang memaklumkan Ammar tidak dipecat sebaliknya diturunkan pangkat kepada Timbalan Pengarah kerana kemerosotan prestasi, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan.
Mengulas lanjut, Isham berkata menteri tidak boleh memecat atau menurunkan pangkat seseorang penjawat awam sesuka hati.
Ujarnya, dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan bahawa penjawat awam perlu diberi peluang untuk didengar sebelum dibuang kerja atau diturunkan pangkat kecuali dalam kes jenayah, pendengaran tidak munasabah untuk dibuat, keselamatan negara, dan penahanan atau pengusiran negeri.
Isham turut memetik Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan yang antaranya menyatakan: “Jika seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadap anggota itu.”
Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan turut menyatakan: “Jika pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan oleh pihak berkuasa itu secara bertulis, kehendak fasal ini tidaklah semunasabahnya dapat dilaksanakan.”
Dalam masa sama, Isham menasihatkan menteri-menteri agar membaca Perlembagaan dengan betul, dan tidak bertindak sesuka hati.
Astro AWANI semalam melaporkan, King Sing ketika ditanya berhubung isu Ammar yang didakwa dipecat turut menyebut nama Manoharan Periasamy, yang difahamkan akan menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Tourism yang baharu.
Jelas King Sing, pelantikan Manoharan tidak boleh dikaitkan dengan isu perkauman kerana ia
dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin ini.
Penamatan itu berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 25 2024
Isham (kiri) menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ammar sebelum diturunkan pangkat. - Bernama
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Penurunan pangkat Ammar tidak sah di sisi undang-undang - Isham Jalil
Isham menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa tidak ada proses pendengaran dibuat ke atas Ammar sebelum diturunkan pangkat.
'KP Pelancongan bukan dipecat, tapi turun pangkat sebab prestasi merosot' - King Sing
King Sin berkata, tindakan tersebut dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan mencapai standard ditetapkan.
Kerajaan kekalkan jawatan guru besar, tak turun pangkat
Gred guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54.
"Jangan risau, guru besar tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa" - Menteri Pendidikan
Guru besar yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah seperti didakwa.
Nidzam Adzha tiada kelayakan kemudi Kuala Lumpur musim depan
Nidzam belum memiliki lesen kejurulatihan Pro A, sekali gus hanya melayakkannya untuk bertindak sebagai penolong jurulatih pasukan itu musim depan.
COVID-19: Saintis dakwa diturun pangkat kerana cuba halang rawatan guna ubat malaria
Dr Rick mendakwa telah mengulangi amaran mengenai wabak COVID-19 sejurus selepas pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu.
Penjawat awam Indonesia gagal hadir kerja selepas Aidilfitri dikenakan tindakan disiplin
Pihak majikan di republik itu terpaksa berbuat demikian memandangkan perkara itu sering menjadi masalah pada setiap tahun.